Persidangan Suruhanjaya Dadah Narkotik Kali Ke- 64 (64th CND) di Vienna, Austria

Persidangan Suruhanjaya Dadah Narkotik kali ke- 64 (64th CND) telah diadakan pada 12 hingga 16 April 2021 di Vienna, Australia. Sesi tersebut telah dilaksanakan secara hybrid format menggabungkan persidangan secara bersemuka bertempat di Pusat Antarabangsa Viennadan persidangan secara maya bersama negara-negara ahli. Delegasi Malaysia diketuai oleh TYT Dato’ Ganeson Sivagurunathan, Duta Besar Malaysia ke Austria merangkap Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB di Vienna dan pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar Negeri, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Kimia Malaysia secara dalam talian. AADK telah diwakili oleh Dr. Norazri bin Ahmad dari Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan dan Puan Norkumala binti Abdul Rahman dari Unit Antarabangsa.

Persidangan CND diadakan setiap tahun dan merupakan salah satu entiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab dalam kawalan dadah antarabangsa bagi mempertimbangkan dan memutuskan pelbagai keputusan dan resolusi bersandarkan pembuktian untuk kawalan dadah serta syor langkah-langkah mengatasi masalah dadah dunia. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu António Guterres turut menyampaikan mesej melalui Pengarah Eksekutif Pejabat UNODC iaitu Galy Waly di upacara perasmian. Selain itu,  Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial, Ketua Setiausaha Badan Kesihatan Dunia (WHO), Presiden Badan Kawalan Dadah Antarabangsa (INCB) dan Pengerusi Committee on Drugs bagi  Badan Bukan Kerajaan (NGO) Vienna turut hadir menyampaikan kenyataan semasa persidangan tersebut.

Accessibility Toolbar