Terus aktif sumbang idea, kepakaran meskipun bersara

Oleh: Ahmad Ajwad Azman

KAJANG, 29 September 2022 – Semua warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang akan bersara pada tahun ini disarankan untuk terus aktif menyumbang idea dan kepakaran kepada kerajaan khususnya dalam usaha mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, ini kerana, kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki semasa berkhidmat dalam AADK boleh dijadikan modal untuk terus aktif dalam menyumbang bakti terutamanya kepada masyarakat melalui mana-mana platform lain yang bersesuaian.

Seramai 103 orang pesara diraikan dalam Majlis Persaraan Tahun 2022 bertempat di Ibu Pejabat AADK. – Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Justeru, beliau menyarankan agar mereka yang bersara menyertai Sahabat KDN dan Skuad Antidadah untuk bersama-sama membantu meningkatkan persepsi positif Keluarga Malaysia terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan AADK menerusi penyebaran maklumat yang tepat kepada masyarakat umum.

โ€œSaya yakin bahawa segala sumbangan dan sokongan yang anda zahirkan sejak hari pertama berkhidmat di AADK dalam menyumbangkan idea, buah fikiran dan pandangan telah benar-benar memberi makna dan inspirasi kepada seluruh kepimpinan dan warga AADK untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.

โ€œPada kesempatan yang diberikan pada petang ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala usaha, komitmen, jasa, keringat dan pengorbanan luar biasa anda sepanjang berkhidmat di AADK.

“Sebagai langkah ke hadapan, saya berharap momentum persahabatan ini dapat diteruskan pada masa akan datang,โ€ katanya ketika berucap merasmikan Majlis Persaraan AADK 2022 di sini, baru-baru ini.

YB Jontahan Yasin ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Persaraan Tahun 2022. – Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Sementara itu, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berharap agar sumbangan dan khidmat bakti akan tetap dicurahkan kepada masyarakat.

Kata beliau, pengalaman berkhidmat di AADK perlu digunakan bagi membantu masyarakat awam untuk mencegah penyalahgunaan dadah melalui pelbagai platform terutamanya menerusi Skuad Antidadah, Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) atau Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN.

โ€œPersaraan ini bukan bererti untuk kita berhenti menabur khidmat bakti, sebaliknya sumbangan saudara-saudari masih diperlukan terutamanya membawa naratif perjuangan yang sebenar yang diketengahkan AADK kepada masyarakat. “Retire from your job, but never retire your mind.” ujarnya.

Accessibility Toolbar