
Disediakan oleh : Zaffeera binti Md Zahidan, AADK Daerah Alor Gajah
LENDU, 22 Ogos – Bertempat di UiTM Melaka Kampus Lendu telah diadakan program Tempat Kerja Bebas Dadah (Sektor Awam) kepada Polis Bantuan di UiTM.
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memberi pengetahuan tentang bahaya penyalahgunaan dadah, mendidik majikan dan pekerja mengenai pencegahan dadah, memberi kemahiran mengurus masalah penyalahgunaan dadah dan menyediakan program pemulihan berkesan serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
Selain itu, turut ditayangkan Video Kesan Penagihan Dadah sebagai pengajaran buat semua tentang bahaya penagihan dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Di akhir program, peserta program memberi maklum balas positif berkenaan kesedaran terhadap penyalahgunaan dadah serta lebih peka dengan persekitaran masing-masing. Diharap selepas ini, mereka dapat menjadi mata dan telinga AADK dalam membantu membasmi penyalahgunaan dadah di Melaka khususnya.