Azmi (bukan nama sebenar) mula terlibat dalam dunia penyalahgunaan dadah sejak 2017 hingga terbit dalam hati kecil ingin berubah ke arah kebaikan.
Enggan berterusan bergelumang bersama najis dadah akhirnya pemuda terbabit nekad melakukan perubahan dalam kehidupan berbekalkan ilmu diperoleh sepanjang menjalani sesi rawatan dan pemulihan secara Sukarela di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) JERANTUT.
Ikuti perkongsian lanjut pemuda berusia 28 tahun itu bersama PUSPEN Jerantut menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.