SKUAD AADK | SEGMEN HI AADK | Edisi 15 November 2022

Skuad AADK wujud sebagai entiti kesukarelaan yang berperanan untuk menggerakkan aktiviti pendidikan pencegahan dan kesedaran awam mengenai bahaya dadah. Selain itu, ia juga bertindak sebagai ejen penyebarluas mesej antidadah dalam mendidik masyarakat untuk sama – sama menentang aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah.

Segmen HI AADK menjemput Pn Haslina binti Hashim, Ketua AADK Daerah Sepang bagi penerangan dan penjelasan mengenai Skuad AADK. Semoga perkongsian ini memberi pencerahan lanjut berhubung perkhidmatan yang ditawarkan.

Layari https ://skuad.adk,gov.my, Jom sama-sama kita mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

#dadahterkawal2025

#lebihbaikcegah

#takperlustimguys

#batupahatsejahteratanpadadah

#hiaadk

#AADKTV

Accessibility Toolbar