Warga AADK semarak Bulan Kebangsaan

Oleh: Nabil Abdul Aziz

KAJANG, 29 Julai 2022- Lebih 500 Jalur Gemilang pelbagai saiz menghiasi bangunan dan persekitaran Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Maktab Perguruan Islam, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Usaha itu bagi menyemarakkan bulan kebangsaan yang disambut sepanjang bulan Ogos hingga September setiap tahun.

Aktiviti pemasangan Jalur Gemilang yang diadakan secara gotong-royong itu juga bertujuan menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan warga agensi dan penduduk setempat.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon turut meluangkan masa menyertai aktiviti gotong-royong berkenaan untuk melahirkan semangat dan rasa cinta pada negara.

Accessibility Toolbar