Mohd Azam terjebak dalam dunia penagihan dadah tatkala usianya menginjak 18 tahun.
Bermula daripada dadah jenis ganja, dia kemudiannya beralih pada morfin dan syabu. Gara-gara ketagihan bahan terlarang itu Mohd Azam berubah sikap menjadi individu pemarah sehingga hubungannya bersama keluarga mulai renggang.
Lebih memudaratkan tahap disiplinnya di tempat kerja juga merosot dan dikenakan tindakan daripada majikan.
Ikuti perkongsian lanjut Mohd Azam yang kini menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tampin menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.
Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia