SELAMI JIWA KAMI | Edisi 4 Januari 2022

Ajib (bukan nama sebenar) mula terjebak dalam kancah penagihan dadah tatkala menginjak usia 18 tahun.

Pemuda yang berasal dari Simpang Empat, Bagan Datuk, Perak itu mengakui bahawa pengaruh rakan sebaya dan perasaan ingin tahu faktor utama dia ‘mendampingi’ bahan terlarang terbabit.

Lebih memilukan apabila Ajib pernah ditangkap dalam satu serbuan lalu dibawa ke balai polis tempat bapanya bertugas.

Setelah beberapa kali ditangkap, Ajib akhirnya dihantar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) untuk menjalani rawatan dan pemulihan.

Usai dibebaskan dia ditempatkan di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hilir Perak, Perak selama dua tahun.

Ikuti luahan Ajib bersama AADK Hilir Perak menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar