SELAMI JIWA KAMI | Edisi 4 Disember 2021

Luqman (bukan nama sebenar) telah bergelumang dalam kancah penagihan dadah hampir lima tahun.

“Sifat nak mencuba dan memerlukan dadah ketika bekerja antara punca mendorong saya mengambil dadah.

“Lama-kelamaan saya ketagihan sehingga hidup jadi terumbang-ambing, hilang arah tuju dan hilang pekerjaan. Masyarakat pada masa itu pula menganggap saya seperti sampah.”

Tutup buku lama. Kini Luqman bangkit berjuang membina hidup baharu dan menanam impian menjadi insan berguna.

Ikuti luahan bekas klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Rompin yang telah keluar daripada kepompong ‘hitam’ menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar