✒️ Mohd Azlan Mohd Ali , 34 tahun merupakan klien kena pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi yang bakal menamatkan tempoh pengawasan. Mengambil dadah jenis Methamphetamine dan ada kalanya ‘menyulam’ dengan dadah jenis tradisional iaitu ganja dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah lebih dari 10 tahun
✒️Telah menjalani Rawatan Pemulihan Dalam Institusi di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan , Pahang
✒️Pada mulanya beliau menganggap dengan mengambil barang terlarang ini adalah salah satu daripada cara untuk keluar daripada masalah. Namun ternyata itu salah, malah kehidupan menjadi tidak terutus dan pelbagai masalah yang timbul
✒️ Hampir 10 tahun beliau telah mensia-siakan hidupnya, akhirnya beliau telah sedar dan bertekad untuk berubah demi isteri, anak-anak dan keluarga. Kehilangan ayah dalam kehidupannya, menjadikan beliau terus tekad dan menanamkan azam yang tinggi untuk melakukan perubahan sebelum beliau kehilangan orang-orang yang tersayang
✒️Ikuti bingkisan pengalaman Mohd Azlan bersama AADK Daerah Kota Tinggi menerusi segmen Selamai Jiwa Kami pada minggu ini.
#DadahTerkawal2025#TakPerluStimGuys#LebihBaikCegah#KDN_TogetherWeAreOne