SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | Edisi 17 Januari 2023

Azlan (bukan nama sebenar) berusia 42 tahun merupakan bekas klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Terengganu yang telah ditahan dibawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah jenis Methaphetamine atau Pil Kuda dan Syabu.

Beliau mula mengenali dadah jenis Pil Kuda dan Syabu ketika berumur 27 tahun akibat dari faktor pengaruh kawan sekerja. Kesan dari ketagihan dadah itu, beliau diberhentikan kerja dan menghabiskan duit keluarga.

Beliau tidak pernah menjalani mana-mana program pemulihan sehinggalah beliau ditahan oleh pihak polis dan menjalani hukuman penjara selama 6 bulan dan kemudian menjalani pemulihan dalam komuniti selama tiga tahun.

Alhamdulillah, beliau kini dalam fasa abstinen dan mempunyai pekerjaan yang baik. Sokongan keluarga dan masyarakat diharap mampu sokong bantu beliau dalam kekal abstinen.

Ikuti perkongsian lanjut Azlan bersama AADK Daerah Kuala Terengganu menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Jom ikuti AADK Daerah Kuala Terengganu:

Facebook AADK Daerah Kuala Terengganu: https://www.facebook.com/AADKKTRG?mib…

Facebook AADK Malaysia: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/

Instagram : https://instagram.com/aadk_kualateren…

Twitter : https://twitter.com/AADKKTRG?t=ZHguzb…

#DadahTerkawal2025

#TakPerluStimGuys

#LebihBaikCegah

#KDN_TogetherWeAreOne

Accessibility Toolbar