SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | Edisi 11 Oktober 2022

IKUTI KISAH KEJAYAAN BEKAS KLIEN DALAM KOMUNITI AADK DAERAH TANGKAK

ZUL (bukan nama sebenar) , mula terlibat dalam dunia penyalahgunaan semenjak dari usia remaja lagi.

Akibat dari banyak masalah sosial dan dadah, keluarga beliau menjadi kucar kacir akibat terlalu taksub kepada dadah.

Sesuatu telah menyedarkan beliau agar tidak jauh menyimpang, akhirnya beliau mendapat hidayah ALLAH dan melakukan perubahan dalam kehidupan berbekalkan ilmu diperoleh sepanjang menjalani rawatan dan pemulihan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tangkak.

Kini beliau telah berjaya mengekalkan kepulihan seterusnya membantu rakan – rakan di AADK Daerah Tangkak untuk bersamanya berjuang dalam kepulihan dadah dan mengekalkan kepulihan serta kembali berpegang pada agama Islam.

Ikuti perkongsian lanjutan beliau yang kini berusia 41 tahun itu bersama AADK Daerah Tangkak menerusi segmen Selami Jiwa Kami di AADK TV.

Accessibility Toolbar