SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : SANTUNI AHLI KELUARGA | Edisi 27 Oktober 2022

Jika kita menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan berkeluarga, baginda adalah insan yang paling menyantuni ahli keluarganya. Rasulullah SAW bergurau senda, berlemah lembut dan sentiasa bertolak ansur dengan mereka. Rasulullah SAW menunjukkan kebijaksanaan dan sifat yang baik serta keindahan akhlak dan kelembutan budi pekerti dalam pergaulan. Sifat-sifat tersebut telah menimbulkan perasaan cinta sahabat dan ahli keluarga kepada baginda. Justeru bagi mengamalkan segala tuntutan dan saranan dalam Al-Quran, seseorang perlu meneladani sirah Nabi Muhammad SAW dalam segenap aspek kehidupan. Antara aspek paling penting ialah akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bersama ahli keluarga kerana perkara tersebut menjadi asas dalam mewujudkan keluarga harmoni dan bahagia.

Jom bersama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Pendakwah Selebriti dalam Segmen Lebih Baik Cegah yang kerkongsi tips tentang peranan ibu dalam membina dan membangunkan keluarga sejahtera. Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

#DadahTerkawal2025

#LebihBaikCegah

#TakPerluStimGuys

#KeluargaMalaysia

#LebihBaikCegah

Accessibility Toolbar