SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : KEMAHIRAN MENOLAK MEMBANTU ANAK-ANAK KATAKAN “TIDAK” KEPADA DADAH!

Kemahiran menolak adalah cara untuk mengatakan tidak apabila seseorang menekan kita melakukan sesuatu yang kita tidak mahu lakukan. Kemahiran menolak adalah set kemahiran yang direka untuk membantu remaja mengelak daripada terlibat dalam tingkah laku berisiko tinggi. Manakala kemahiran menolak dadah merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mengatakan ‘tidak’ kepada penyalahgunaan bahan. Kemahiran ini termasuklah mengetahui cara mengelak daripada mengambil bahan apabila ditawarkan dan cara menjauhkan diri daripada situasi di mana dadah mungkin disalahgunakan.

Jom saksikan video pernyertaan pertandingan video pendek AADK 2021 karya Allam Aizat bin Jalani yang berkongsi tentang kemahiran menolak daripad aterlibat dalam penyalahgunaan dadah. Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar