LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 24 Ogos 2023

TAJUK : SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : SINAR ACAP

Acap adalah seorang remaja yang kini tinggal di kawasan terdedah dengan pelbagai faktor risiko. Acap membesar menjadi seorang remaja yang berperibadian baik dan sangat berbakat. Apa yang berlaku kepada Acap adalah sangat menginspirasi kerana ia bukan hal yang mudah. Menurut kajian, faktor persekitaran sosial akan memberi kesan secara timbal balas kepada jati diri seseorang.

Namun di sebalik cabaran persekitaran tempat tinggal, Acap berjaya menepis segala pengaruh negatif tersebut. Ia berjaya menjadi anak remaja yang sihat dan berbakat. Apakah faktor pelindung Acap sehingga dia berjaya mengekalkan jati dirinya dan apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Acap?

Jom saksikan ‘Kisah Sinar Acap’ supaya ia menjadi tauladan dan panduan untuk kita semua.

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau Talian Bebas Tol 1-800-22-2235 (AADK).