SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : AADiK & KADIR EPISOD 4 : BAHASA PENAGIH | 28 Julai 2022

Kadir terdengar suara AADiK menyebut Che Putih, sayur, balut, batu, ice… Timbul rasa curiga Kadir kenapa AADiK menyebut perkataan tersebut kerana ia adalah istilah/ nama jalanan dadah yang sering digunakan oleh mereka yang terlibat dengan penagihan dadah. Ia digunakan semasa berinteraksi dan memberi makna yang tersirat dan sukar difahami oleh orang awam. Penggunaan istilah ini secara tidak langsung dapat melindungi kegiatan dan aktiviti mereka daripada diketahui oleh pihak berkuasa. Istilah mereka hanya boleh difahami oleh mereka yang berada di dalam kumpulan yang sama sahaja. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengetahui kewujudan istilah-istilah khas ini dan memahaminya supaya kita dapat melindungi atau memberi bimbingan kepada anak-anak supaya berwaspada apabila mendengar istilah-istilah tersebut. Apa terjadi pada AADiK?

Jom saksikan Kisah AADiK dan Kadir Epidod 4 dalam Segmen Lebih Baik Cegah bagi mendapat mesej santai melalui video animasi karikatur Ujang berkisar tajuk Bahasa Penagih. Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar