.

.

SAMBUTAN HARI INOVASI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

AADK Berjaya Rangkul Dua Anugerah Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri 2016. Dua pasukan KIK daripada AADK mendapat pengiktirafan sebagai naib johan pada sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri 2016 yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri. Tahniah diucapkan kepada team 10 BOARDERS dari Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor yang menjadi Naib Johan Pemenang KIK KDN 2016 (kategori teknikal). Sementara pasukan MUTIARA CNC TAMPOI dari Klinik Cure & Care Tampoi menjadi Naib Johan KIK KDN 2016 (kategori pengurusan).

 

ATAS