Rumah Perantaraan

Sebuah fasiliti yang menyediakan program re-entry kepada bekas penagih dadah dalam komuniti bagi memperkukuhkan potensi kepulihan klien yang telah menjalani proses rawatan dan pemulihan.

 

Matlamat utama adalah memperkukuhkan potensi kepulihan klien yang telah menjalani proses rawatan dan pemulihan dalam institusi, membina keupayaan menghadapi rejeksi masyarakat, menyediakan dan meningkatkan serta membuka peluang kepada klien dalam penempatan pekerjaan. Tempoh menduduki Rumah Perantaraan adalah selama 3 bulan.

 

  • Bimbingan dan kaunseling
  • Early Recovery
  • Relapse Prevention
  • Kelompok Sokongan Sosial
  • Program Kekeluargaan
  • 12 Langkah
  • Keagamaan &Kerohanian
  • Rawatan Perubatan dan Pendidikan Kesihatan
  • Latihan Kemahiran dan Penempatan Kerja
  • Integrasi Sosial
  • Klien Sukarela
  • Pengguna/ Penyalahguna dadah
  • Orang Kena Pengawasan (OKP)

 

TOP