Rawatan dan Pemulihan dalam Komuniti

  • Perkhidmatan di dalam komuniti menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar.
  • AADK mempunyai 109 buah Pejabat AADK Daerah diseluruh Malaysia yang menyediakan peluang rawatan dan pemulihan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berhadapan dengan masalah penyalahguna dadah, pengguna dadah dan penagihan dadah.
  • Mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah akan disyorkan menjalani rawatan dan pemulihan di di dalam komuniti sama ada secara sukarela dan perintah mahkamah seksyen Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 dan turut menerima klien yang diperintahkan sekyen 38(b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • AADK Daerah turut menyediakan rawatan dan pemulihan kepada klien remaja yang berhadapan dengan masalah penagihan dadah berdasarkan peruntukan seksyen 9 Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.
  • Perkhidmatan yang disediakan di dalam komuniti adalah berdasar keperluan kepulihan setiap klien yang mempunyai pelbagai latar belakang, sejarah penagih, jenis dadah dan sebagainya.
  • Fasiliti sokongan di komuniti turut menyediakan Pusat Khidmat, Pusat Integrasi Klien dan Rumah Perantaraan, Rumah Komuniti dan Baitul Islah.

Pejabat AADK Daerah merupakan sebuah fasiliti yang menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh individu,majikan atau komuniti yang terkesan daripada permasalahan dadah.
Perkhidmatan yang disediakan di AADK Daerah merangkumi aspek:

  1.  Rawatan & Pemulihan
  2.  Pencegahan
  3.  Penguatkuasaan

Program Rawatan & Pemulihan Di AADK Daerah

Program rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan oleh pejabat AADK daerah adalah berfokus kepada klien Orang Kena Pengawasan (OKP) yang diletakkan di bawah selian Pegawai Pemulihan AADK Daerah. OKP ini dikehendaki mematuhi syarat-syarat perintah pengawasan seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 6 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Pematuhan ini memerlukan komitmen terhadap kehadiran OKP untuk menjalani program rawatan dan pemulihan di AADK Daerah sepanjang tempoh pengawasan yang ditetapkan.

Perintah pengawasan perlu dipatuhi di bawah seksyen 6(2) iaitu:

  1. Perlu tinggal di dalam Negeri atau Wilayah seperti mana yang dinyatakan dalam perintah;
  2. Tidak boleh meninggalkan kawasan tempat tinggal tanpa kebenaran Ketua Pengarah;
  3. Melapor diri di Balai Polis yang paling hampir seperti di dalam perintah atau di tempat yang ditetapkan oleh seorang pegawai;
  4. Tidak boleh mengambil, mengguna atau memilik apa-apa dadah berbahaya;
  5. Menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa ditempat yang diperintahkan oleh seorang pegawai; dan
  6. Menjalani program pemulihan penagihan dadah yang diadakan oleh kerajaan.

Program rawatan dan pemulihan ini juga dibuka kepada individu sukarela yang bertekad untuk mengatasi masalah penagihan dadah.

Program Rawatan & Pemulihan Di AADK Daerah

Pendekatan Psikososial

1. Modul Matriks

  • Kepulihan Awalan (ER)
  • Pencegahan Relaps (RP)
  • Kelompok Sokongan Sosial (KSS)
  • Pembangunan Keluarga
  • Psiko-Pendidikan

2. Bimbingan & Kaunseling
3. Program Keagamaan & Kerohanian
4. Integrasi Sosial / Aktiviti Kemasyarakatan
5. Rawatan Perubatan
6. Pembangunan Kerjaya
7. Lawatan ke Rumah

Pengenalan

Fasiliti yang disediakan untuk dijadikan sebagai tempat (half-way house) bagi  mengikuti program rawatan dan pemulihan secara sukarela dan rujukan bagi mereka yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti.

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada kumpulan sasar melalui Program Psikososial di dalam komuniti
  • Menggalakkan lebih ramai individu yang mempunyai permasalahan dadah dan substans datang mendapatkan perkhidmatan pemulihan secara   sukarela.
  • Membantu proses kepulihan klien supaya mereka boleh kembali berfungsi semula sebagai individu produkrif dalam masyarakat;
  • Tempat rujukan dan khidmat nasihat

Pengenalan

  • Sebuah fasiliti yang menyediakan perkhidmatan bantuan dan sokongan kepada individu yang menghadapi permasalahan penagihan dadah dan sunstans melalui penglibatan serta komitmen komuniti.
  • Dikendalikan oleh komuniti setempat melalui Jawatankuasa Rumah Komuniti dengan kerjasama agensi kerajaan / badan bukan kerajaan dan swasta.
  • Kepelbagaian program rawatan dan pemulihan yang bersesuaian di dalam komuniti dirancang dan dilaksanakan oleh AJK dengan kerjasama agensi kerajaan, badan bukan kerajaaan dan swasta.
  • Mekanisme komuniti untuk menyokong kepulihan klien

Pengenalan

  • Rumah Perantaraan Merujuk Kepada Konsep Yang Digunapakai Oleh AADK  Dalam Memberikan Perkhidmatan Kepada Kumpulan Sasar Selaras Dengan Peranan Dan Fungsi AADK Dalam Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Dan Pemulihan
  • Rumah Perantaraan Untuk Bekas Penagih Dadah Meneruskan Program Rawatan Dan Pemulihan Serta Penempatan Pekerjaan

Pengenalan

Sebuah fasiliti perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan kepada klien yang dibebaskan dari PUSPEN bertujuan untuk penempatan pekerjaan (HIJRAH) dan mengintegrasikan semula klien dalam masyarakat semasa menajalani program rawatan dan pemulihan di dalam komuniti.

Objektif

  • Memperkasakan prestasi dan potensi kepulihan klien yang menjalani proses rawatan dan pemulihan dalam komuniti.
  • Memastikan klien mempunyai pekerjaan bagi mengukuhkan ekonomi dan membantu kepulihan mereka.
  • Berfungsi sebagai penempatan sementara (Transit) kepada klien yang mengikuti program HIJRAH;

Pengenalan

JKPD satu pendekatan bersepadu yang diperkenalkan oleh AADK  untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam membantu penagih/bekas penagih supaya tidak kembali menagih, mengintegrasikan semula ke dalam masyarakat dan membantu Pegawai-pegawai AADK Daerah dalam mengawasi, menyelia, memberi bimbingan dan mendapatkan peluang-peluang latihan dan pekerjaan kepada penagih/bekas penagih dadah yang sedang menjalani Perintah Pengawasan dalam komuniti.

Keanggotaan

Rakan Strategik

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
  • Kementerian Kesihatan (KKM)
  • Institusi Pengajian Tinggi
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
  • NGO – PEMADAM, PENGASIH, Rotary Club Malaysia AIDS Foundation, Narcotic Anonymous (NA) dan jabatan lain yang berkaitan

Institusi Sosial Lain

  • Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK)
  • Institusi Agama
  • Parti Politik
  • Ketua Kampung
  • Pertubuhan Belia/ Keagamaan/ Etnik
  • Rukun Tetangga (RT)
  • Syarikat Swasta
  • Pusat Pemulihan Dadah Persendirian
  • Organisasi lain yang relevan

Kumpulan Sasaran

  • Penagih/ penyalahguna dadah.
  • Keluarga yang mempunyai masalah dadah.
  • Pelajar yang mempunyai masalah dadah.
  • Majikan

Pengenalan

Pusat pemulihan untuk menjalankan fungsi sebagai sebuah fasiliti kediaman kepada individu beragama Islam, pembawa / dijangkiti HIV untuk mengikuti program rawatan dan pemulihan dalam penagihan dadah dengan kerjasama antara MAIS dan AADK.

Perkhidmatan

  • Menawarkan fasiliti kediaman kepada individu pembawa / dijangkiti HIV penagih dadah;
  • Menyediakan program rawatan dan pemulihan penagihan dadah dan HIV;
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan dan perubatan am;
  • Perkhidmatan rujukan dan advokasi dalam permasalahan dadah dan HIV;
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah kepada klien yang meninggal dunia.

Kumpulan Sasaran

  • Penagih dadah yang beragama Islam pembawa atau dijangkiti HIV / AIDS
  • Sukarela
  • Rujukan

Program

  • Rawatan Spiritual Islam
  • Rawatan Perubatan HIV / AIDS
  • Psikologi & Kaunseling
  • Kepulihan Awalan
  • Pencegahan Relaps
  • Kelompok Sokongan Sosial
  • 12 Langkah
  • Agama & Kerohanian
  • Pendidikan Kesihatan
  • Program Keluarga
  • Integrasi Sosial
  • Latihan Kemahiran Vokasional
  • Sukan Dan Riadah
ATAS