Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) berperanan sebagai Pusat Pemulihan yang menyediakan rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah yang telah dijatuhkan perintah melalui  peruntukan seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah  (Rawatan & Pemulihan) 1983 untuk menjalani rawatan dan pemulihan selama tempoh tidak melebihi 24 bulan (2 tahun).

Biopsikososial + Spiritual

Dipengerusikan oleh Ketua Pengarah AADK

Sebanyak sepuluh (10) komponen program rawatan dan pemulihan yang perlu diikuti oleh semua penghuni PUSPEN. Komponen program tersebut adalah seperti berikut :

  1. Kepulihan Awalan (Early Recovery)
  2. Pencegahan Penagihan Semula (Relapse Prevention)
  3. Sokongan Sosial
  4. Program Keagamaan dan Kerohanian
  5. Bimbingan dan Kaunseling (Individu, Kelompok dan Keluarga)
  6. Latihan Kemahiran & Vokasional
  7. Sukan & Riadah
  8. Rawatan Kesihatan
  9. Kawad & Fizikal
  10. Program Keluarga
ATAS