Pusat Triage ditubuhkan bertujuan untuk menilai dan membuat saringan tahap penagihan kepada klien yang diperintahkan oleh Mahkamah dibawah Seksyen 6(1)a Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.
Ia berfungsi menjalankan tapisan, penilaian dan pengkategorian klien-klien
Klien yang telah di saring dan dinilai di Triage akan menjalani program rawatan dan pemulihan di CCRC yang telah ditetapkan.
Sehingga kini ,3 buah Pusat Triage telah diwujudkan iaitu Triage Kg. Selamat (Zon Utara), Triage Gambang (Zon Timur) dan TriageTampin (Zon Selatan)