Pejabat AADK Daerah

Program rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan oleh pejabat AADK Daerah adalah berfokus kepada klien Orang Kena Pengawasan (OKP) yang diletakkan di bawah selian Pegawai Pemulihan AADK Daerah. OKP ini dikehendaki mematuhi syarat-syarat perintah pengawasan seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 6 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Pematuhan ini memerlukan komitmen terhadap kehadiran OKP untuk menjalani program rawatan dan pemulihan di AADK Daerah sepanjang tempoh pengawasan yang ditetapkan.

Perintah pengawasan perlu dipatuhi di bawah seksyen 6(2) iaitu:

  • Perlu tinggal di dalam Negeri atau Wilayah seperti mana yang dinyatakan dalam perintah;
  • Tidak boleh meninggalkan kawasan tempat tinggal tanpa kebenaran Ketua Pengarah;
  • Melapor diri di Balai Polis yang paling hampir seperti di dalam perintah atau anggota tentera di tempat yang ditetapkan oleh seorang pegawai;
  • Tidak boleh mengambil, mengguna atau memilik apa-apa dadah berbahaya;
  • Menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa ditempat yang diperintahkan oleh seorang pegawai; dan
  • Menjalani program pemulihan penagihan dadah yang diadakan oleh kerajaan.

 

1. Klien Secara Perundangan

A) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983

  •  Seksyen 6(1)(a)
  •  Seksyen 6(1)(b)
  •  Seksyen 8(3)(a)
  •  Seksyen 8(3)(b)

B) Akta Dadah Berbahaya 1952

  • Seksyen 38B

2.Klien Sukarela

  • Pendekatan Psikososial
    • Modul Matriks
    • Kepulihan Awalan (ER) & 12-Langkah
    • Pencegahan Relaps (RP)
    • Kelompok Sokongan Sosial (KSS)
    • Pembangunan Keluarga
    • Psiko-Pendidikan
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Program Keagamaan & Kerohanian
  • Integrasi Sosial / Aktiviti Kemasyarakatan
  • Rawatan Perubatan
  • Pembangunan Kerjaya
  • Lawatan ke Rumah
ATAS