Setelah hampir 30 tahun, akhirnya AADK mengorak langkah melaksanakan anjakan berganda daripada pendekatan pemulihan yang berbentuk regimented, tough & rugged, tidak berstruktur dan sistematik, tiada pilihan dan berbentuk paksaaan secara perundangan di Pusat Serenti / PUSPEN kepada pendekatan yang beraspirasikan konsep terbuka, prihatin, mesra, teraputik, program yang lebih berstruktur, sistematik, multiprogram serta mampu memenuhi keperluan kepulihan klien secara komprehensif.

Bermula 1 Julai 2010, AADK telah melakukan transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih dadah dengan menubuhkan Klinik C&C 1Malaysia Sg Besi sebagai pilot project diikuti dengan Bukit Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching dan Papar. Sebuah lagi PUSPEN ditransformasikan kepada Klinik C&C 1Malaysia pada tahun 2011 iaitu Jerantut dan dua buah PUSPEN lagi pada tahun 2012 iaitu Karangan dan Bachok. Sehingga kini terdapat 11 buah Klinik C&C 1Malaysia dengan penambahan sebuah lagi pada 7 Januari 2013 iaitu Klinik C&C 1Malaysia Dengkil.

  • Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik C&C 1Malaysia adalah terbuka kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan dadah. Perkhidmatan di tawarkan kepada klien secara inpatient atau pesakit luar yang merangkum detoksifikasi menggunakan ubat-ubatan, kaunseling dan bimbingan, agama dan spiritual, pendidikan pencegahan relapse, life skiils, rawatan terapi gentian menggunakan metadhone, kelompok sokong bantu, rujukan dan advokasi.
  • Menawarkan perkhidmatan kepada klien yang hadir secara sukarela, termasuklah keluarga klien atau sesiapa sahaja yang signifikan dengan klien untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C 1Malaysia.
  • Klien yang hadir untuk menjalani program rawatan dan pemulihan dadah tidak terikat dengan implikasi undang-undang. Klien akan dibuat ujian dan penilaian terhadap penggunaan dadah sebelum kemasukan dan tiada tindakan undang-undang dikenakan kepada klien.

Menganggap Penagih Dadah sebagai pesakit

Memberi perkhidmatan secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah.

Kemasukan secara sukarela tanpa pra syarat dan  unsur perundangan

sko-perkhidmatan

Prinsip kemasukan klien ke Klinik C&C 1 Malaysia adalah

• Sukarela
• Tiada Pra-syarat
• Tiada Implikasi / Unsur Undang-undang

Kaedah kemasukan klien:

• Datang sendiri secara sukarela
• Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga , pasangan , rakan , majikan dll
• Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO)

program

ATAS