PROSES RAWATAN PEMULIHAN KLIEN DI PUSPEN | Edisi 14 Mac 2022

AADK menawarkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan menerusi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), perkhidmatan di daerah, Pusat Khidmat AADK dan Rumah Komuniti Semua kemudahan tersebut terbuka kepada warganegara yang terjebak dengan masalah penagihan dadah secara percuma dan ingin mendapatkan rawatan sewajarnya.

Segmen Ask MrAADK menjemput En Supindi bin Usop @ Yusop, Pengarah PUSPEN Karak bagi menjawab persoalan yang sering ditanyakan di dalam media sosial berkaitan perkhidmatan rawatan dan pemulihan AADK iaitu; Apakah sebenarnya program yang akan dilalui oleh individu jika mereka dimasukkan ke PUSPEN? Mungkin ada individu, ibu bapa atau keluarga yang masih ragu-ragu untuk merujuk atau menghantar anak-anak atau ahli keluarga menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN.

Semoga perkongsian ini memberi pencerahan lanjut berhubung perkhidmatan yang ditawarkan.

Jom kita sama-sama mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

#DadahTerkawal2025
#LebihBaikCegah
#TakPerluStimGuys
#KeluargaMalaysia
#KDN_TogetherWeAreOne
#KitaDemiNegara
#AskMrAADK

Accessibility Toolbar