.

.

PROJEK NBOS LADANG NENAS DI CCRC JELEBU

9 November 2016, YBhg. Dato' Ketua Pengarah Dato' Dr. Abdul Halim Hussin telah hadir untuk lawatan kerja ke CCRC Jelebu bagi melihat perjalanan program rawatan dan pemulihan serta meninjau perkembangan projek NBOS ladang nenas di CCRC Jelebu.
Dalam lawatan ini, YBhg. Dato' meminta supaya semua warga kerja CCRC Jelebu terus komited membantu klien dan meningkat ilmu pengetahuan agar kekal relevan.
Majlis ini turut meraikan perpisahan En Lokman Hakim yang bertukar keluar ke AADK Daerah Seremban dan memberikan sijil penghargaan kpd 5 pelajar praktikal drpd Kolej Universiti Islam Melaka yang tamat.
En Mohd Noor Akmal, Pembantu Antidadah S19 telah dianugerahkan Pekerja Muda Harapan CCRC Jelebu 2016.
Semoga lawatan kerja YBhg. Dato bersama Datin dan ahli rombongan Ibu Pejabat ini mendapat rahmat & keberkatan. Majlis bersurai jam 1.00 petang.

 

ATAS