
Disediakan oleh : Muhammad Azizan Bin Muhamad Rani
RAUB, 11 OGOS 2016 –Unit Pengurusan Klien CCRC Raub telah menganjurkan satu program iaitu “Sukan Olahraga” bertempat di padang bola sepak CCRC Raub. Kejohanan kali ini menyenaraikan 10 acara olahraga termasuk satu acara padang (lompat tinggi). Kejohanan ini melibatkan 8 buah asrama dan setiap asrama diwajibkan menghantar peserta bagi acara-acara tersebut. Kejohanan ini bermula tepat jam 9.30 pagi yang turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan CCRC Raub disamping sambutan daripada klien-klien yang amat menggalakkan.