Program pemerkasaan pegawai risikan AADK Zon Borneo 2022

KOTA KINABALU, 10 Ogos 2022 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya melaksanakan Program Pemerkasaan Pegawai Risikan AADK Zon Borneo di sini.

Program selama lima hari itu melibatkan seramai 20 peserta terdiri daripada pegawai AADK Negeri Sabah dan Sarawak.

Kerjasama itu dilaksanakan bagi menfokuskan kepada aspek perisikan, operasi dan siasatan lanjut dalam pengendalian kes dadah dengan mengambil kira kemahiran-kemahiran tersebut perlu ada pada setiap pegawai AADK yang terlibat secara langsung dalam aktiviti mengesan individu-individu yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau substan.

Sepanjang program itu, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik iaitu verifikasi maklumat, pengendalian sumber dan informan, surveillance, penyamaran, soal siasat dan penyediaan fail yang lengkap.

Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim APMM, Laksamana Pertama (M) Ahmad Faridi Ferdaus.

Accessibility Toolbar