Program outreach AADK beri kesedaran kepada komuniti

Oleh: Rashdan Zakaria

SELAMA, 12 Ogos 2022 – Program Outreach dan Gotong Royong bersama anak angkat diadakan di sekitar perkampungan Ijok, Selama, Perak.

Program itu bertujuan memberi pendedahan bagaimana pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyampaikan maklumat kepada komuniti dan berkongsi mengenai langkah-langkah pencegahan penyalahgunaan dadah.

Selain itu, melalui program tersebut anak angkat yang terdiri daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), GiatMARA serta SAITO College dapat mempelajari dan memahami budaya kehidupan perkampungan, sekali gus dapat menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan dadan dan jenayah.

outreach selama
Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade (kiri) beramah mesra bersama komuniti setempat pada Program Outreach dan Gotong Royong bersama anak angkat diadakan di sekitar perkampungan Ijok, Selama, Perak baru-baru ini. – Gambar AADK / AMIR ZAHIEN AMRAN

Pada masa sama, AADK dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) turut menyampaikan sumbangan wang serta peralatan pembersihan kepada komuniti.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin; Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah.

outreach selama
Program Outreach dilaksanakan bertujuan menyalurkan mesej antidadah kepada masyarakat.

Accessibility Toolbar