Program Omnipresence dan Outreach Terima Respon Positif Masyarakat

Oleh: Izyan Liyana Mohd Darif

KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2021 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus komited memperhebatkan kempen antidadah kepada masyarakat dengan mengambil inisiatif melaksanakan Program Omnipresence dan Outreach di beberapa lokasi tumpuan.

Program yang digerakkan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia itu bertujuan memberi pendedahan bahaya najis dadah, sekali gus menyalurkan mesej pencegahan berkaitan dadah kepada orang ramai.

Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK  yang mengetuai program itu berkata, ia bermatlamat menyebarkan maklumat mengenai implikasi dadah kepada individu, keluarga dan komuniti.

“Selain itu, program ini juga dilaksanakan bagi mendekati individu yang memerlukan bantuan rawatan dan pemulihan termasuk mengubah kepercayaan dan stigma masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah.

“Pada masa sama, berupaya membangkitkan a call to action spirit dalam kalangan masyarakat dan keluarga supaya bersama-sama kerajaan membanteras permasalahan dadah di negara ini.

“Tidak ketinggalan Program Omnipresence dan Outreach merupakan platform menyalurkan info kepada individu, keluarga dan komuniti akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Omnipresence dan Outreach yang diadakan  serentak di Lembah Klang dan Putrajaya pada Sabtu lalu.

Turut sama menjayakan program itu ialah Tuan Zainuddin Abdullah, Pengarah Bahagian Pencegahan AADK; Puan Nurshuhaila A. Rahman, Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi dan Puan Ruzliza Ibrahim, Pengarah PUSPEN Dengkil.

Mengulas lanjut Muhamad Sade memberitahu, program berkenaan turut melibatkan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dan Sukarelawan Antidadah Wilayah Persekutuan. Dalam masa sama, beliau menjelaskan, pasukan AADK proaktif menyampaikan mesej antidadah secara temu seru dan mengedarkan risalah tentang penyalahgunaan dadah kepada orang awam yang beriadah di lokasi terbabit.

Accessibility Toolbar