
MARANG – Buat julung kalinya Program Kompetensi Minda Anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Marang bersama Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Marang telah diadakan di The Cool Point Hotel, Cameron Highlands, Pahang. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 21 September hingga 23 September 2017 dan telah dihadiri oleh seramai 18 orang ahli.
En. Wan Zulkafli Bin Haji Wan Ahmad, Ketua Pegawai AADK Marang turut menyampaikan ceramah semasa program tersebut dijalankan. Hadir bersama mengikuti program tersebut.
Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk perbincangan mengenai program-program yang bakal dijalankan oleh JKPD Marang selepas ini.