CYBERJAYA, 24 OKTOBER 2023: PUSPANITA Cawangan Kecil AADK selaku Biro Pendidikan PUSPANITA KDN telah menganjurkan “Program Kesedaran Autisme” bertempat di Pertubuhan Dalam Komuniti (PDK) High Functioning Autism (HFA) Cyberjaya. Program ini dijalankan adalah bagi memberi kesedaran dan pemahaman kepada ahli PUSPANITA berkenaan dengan autism serta peranan Pertubuhan Dalam Komuniti (PDK) High Functioning Autism (HFA). Kunjungan PUSPANITA KDN disambut dengan persembahan koir istimewa oleh 12 orang pelajar Autisme di PDK serta persembahan piano oleh adik Muhammad Danish Haeqal.
Perkongsian berkaitan ‘Kenali Anak Autisme’ oleh Puan Rosaniza Tuman selaku Pengerusi PDK HFA memberi kesedaran kepada semua peserta akan pentingnya sokongan kepada kanak-kanak ini dan keluarga supaya mereka dapat berdikari dan membesar seperti anak-anak yang lain. Di samping itu juga, peserta program berpeluang melaksanakan aktiviti Kokedama ‘bebola lumut’ bersama pelajar autisme dan hasilnya diberi kepada pelajar autisme PDK sebagai tanda kenangan.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Norhayati binti Musa, Penaung PUSPANITA KDN dan YBhg. Datin Kamariah binti Abd Rahman, Pengerusi PUSPANITA KDN serta ahli-ahli PUSPANITA daripada Agensi-agensi di bawah KDN.


