Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2019

AADK, 23 April 2019 – Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat AADK telah dilaksanakan di seluruh Malaysia  melibatkan seramai 1956 orang warga dan klien bersempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang diadakan setiap tahun. Tujuan program ini diadakan adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan Dekad Membaca Kebangsaan, program ini merupakan salah satu inisiatif menggalakkan budaya membaca dikalangan warga AADK dank lien seterusnya menjadikan rakyat Malaysia berilmu bertaraf dunia selari dengan slogannya iaitu #MalaysiaMembaca. Program ini merupakan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama semua sektor perpustakaan di seluruh negara. Diantara pengisian program ini adalah seperti Peraduan Teka Mukasurat Buku, Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit, Penghargaan Kepada Pengunjung Aktif, Penghargaan Kepada Peminjam Terbanyak, Cabutan Bertuah, Kuiz dan lain-lain.

#JomBacaBersama10Minit
#MalaysiaMembaca
#AADKMembaca

Accessibility Toolbar