Program I-DEEN AADK 2021 Bentuk Modal Insan, Cungkil Bakat Klien

Oleh: Izyan Liyana Mohd Darif

Kajang, 23 September 2021 – Program kerohanian merupakan salah satu usaha ideal dalam membentuk sahsiah diri seseorang menjadi insan yang lebih baik.

Justeru, mengambil kira faktor tersebut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan program i-DEEN AADK 2021 menggabungkan perkataan i yang membawa maksud idola manakala DEEN pula adalah beragama.

Selain memfokuskan keupayaan dan kemahiran dalam proses kepulihan, program i-DEEN AADK 2021 juga membantu mengalakkan penglibatan aktif klien menerusi program keagamaan khususnya amalan dan memahami al-Quran.

Mengangkat tema “Lebih Baik Cegah” program kerohanian tersebut melibatkan kumpulan klien di 28 buah Pusat Pemulihan Penagihan (PUSPEN).

Dimaklumkan, seramai 222 klien tidak melepaskan peluang mempamerkan bakat dengan menyertai pertandingan kategori azan, tilawah, lagu ketuhanan dan tafsir yang dianjurkan pada program i-DEEN AADK 2021.

foto-ideen

Accessibility Toolbar