Program Go Green – Kembara Back To Nature Dan Kibar Jalur Gemilang Skuad Antidadah Negeri Sembilan Dengan Kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan Dan Melaka

Port Dickson, 6 Ogos – Program “Go Green” Kembara Back to Nature dan Kibar Jalur Gemilang Sukarelawan Antidadah Negeri Sembilan telah diadakan di kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan dan disempurnakan oleh YDh. CP Dato’ Sri Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pelaksanaan program ini merupakan sebahagian daripada strategi pelaksanaan Amalan Hijau atau ‘Go Green’ yang diselaras dengan dasar sediada kerajaan kita. “Go Green’ bermaksud mewujudkan kesedaran untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dan seterusnya memansuhkan penggunaannya di persekitaran kita. Memelihara ertinya membela, menjaga, merawat, menternak, melindungi. Manakala memulihara bermakna memulihkan dan menjaga, melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Itulah yang dimaksudkan dengan back to nature.

Selain daripada itu ianya juga bertujuan menjadikan ahli SKUAD Antidadah sebagai teraju utama dalam menggerakkan sesebuah program antidadah dan gaya hidup sihat dalam komuniti, memupuk nilai-nilai kesukarelaan, menerapkan semangat cintakan alam sekitar sebagai amalan gaya hidup sihat.

Program ini  turut dijayakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Jabatan Penerangan Port Dickson, Samsung SDI Energy Sdn. Bhd, PNB Ilham Resort, Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Sembilan dan ahli SKUAD Antidadah.

Accessibility Toolbar