Program ‘Bicara Pemimpin Muda’ bersama Ketua Menteri Sabah

Oleh: Amir Zahien Amran dan CT Ashlida Mat Razali

KOTA KINABALU, 6 Mac 2023 -Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah, Kementerian Dalam Negeri mengadakan Program Bicara Pemimpin Muda bersama Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2023 peringkat Negeri Sabah.

Program yang diadakan di Sipadan Hall, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah itu melibatkan kehadiran seramai 500 orang terdiri daripada sukarelawan Skuad Antidadah, pemimpin muda dan belia Sabah.

Datuk Seri Panglima Hajiji berkata, saya meletakkan setinggi-tinggi harapan kepada AADK dan MBS untuk bergerak bersama dalam memastikan program-program pendidikan pencegahan dadah ini dapat dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi”.

Belia sebagai faktor pelindung harus menyokong kempen “Lebih Baik Cegah” kerana pencegahan bermula dari rumah.“, katanya ketika berucap dalam majlis perasmian.

Program itu bertujuan memupuk dan mengeratkan perpaduan di antara pemimpin dan mendayaupayakan pemimpin komuniti dalam membantu menyebarluaskan serta meningkatkan kesedaran komuniti terhadap masalah penyalahgunaan dadah.

Datuk Seri Panglima Hajiji juga turut meluangkan masa membuat perkongsian mengenai kepimpinan beliau di Sabah dan cabaran dalam menangani masalah dadah dalam masyarakat bersama belia di negeri itu.

Pada masa sama Ketua Menteri Sabah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Pertandingan Jelajah Buskers yang menjadi antara pengisian sambutan berkenaan selain sesi Pocket Talk dan pameran.

Turut hadir memeriahkan program itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin dan Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Sikin.

Accessibility Toolbar