PRODUK SIMEN FERO PUSPEN BENTA | Segmen Hi AADK Edisi 9 September 2022

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Benta, Pahang menjadikan kemahiran penghasilan produk semifero sebagai salah satu kaedah Rawatan dan Pemulihan dari penyalahgunaan dadah.

Ia turut dikenali sebagai Terapi Pekerjaan yang mana turut melatih klien PUSPEN Benta mempunyai kemahiran dalam seni penghasilan projek semifero bagi membantu mereka dalam proses kepulihan.

Menariknya lagi, penghasilan semifero di PUSPEN Benta turut dijadikan kursus kemahiran bersijil secara berkala untuk klien agar kemahiran tersebut boleh digunapakai oleh mereka dalam mencari sumber kewangan halal apabila bebas kelak.

Ikuti perkongsian lanjut bersama Pegawai Vokasional PUSPEN Benta, Abdul Hairul Mohamin Kamarudin juga merupakan penyelia projek semifero PUSPEN Benta menerusi segmen Hi AADK untuk siaran edisi 9 September 2022.

#DadahTerkawal2025

#LebihBaikCegah

#TakPerluStimGuys

#KeluargaMalaysia

#KitaDemiNegara

#KDN_TogetherWeAreOne

#HiAADKShow less

Accessibility Toolbar