Oleh : Siti Syakilah Binti Muhd Khir, Muhammad Faris bin M. Shamsuddin dan Nurul’ Ariffah Binti Fakhrurrazi
SUNGAI PETANI, 24 November 2022 – Agensi Antidadah kebangsaan (AADK) terus mengorak langkah dengan melakar satu lagi sejarah dengan melaksanakan Program Persijilan AADK.
Program pertama seumpama itu yang diadakan AADK adalah inisiatif agensi untuk meningkatkan kompetensi pegawai dan kecemerlangan dalam semua aspek khususnya dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Rata-rata pegawai yang ditemu bual menzahirkan rasa gembira dan teruja dengan inisiatif baharu yang diperkenalkan AADK bagi memastikan semua pegawai mempunyai kepakaran bertauliah dalam menguruskan isu-isu berkaitan dadah.
Meskipun perkara itu sebagai cabaran baharu, namun berbekalkan semangat dan dorongan agensi berjaya melahirkan 309 pegawai yang tamat program itu bagi tahap 1.
Juzailah Omar berbesar hati dengan penghargaan daripada AADK yang diberikan kepadanya sewaktu Program Persijilan AADK. –Gambar AADK / Faris Shamsuddin
Menurut seorang pegawai yang tamat latihan berkenaan, Juzailah Omar memberitahu, biarpun perkara itu bukanlah suatu yang mudah kerana perlu mengikuti beberapa modul, namun hasilnya cukup membanggakan.
โSaya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana diberi peluang mengambil Sijil Amalan Rawatan dan Pemulihan.
โBukan sesuatu yang mudah bagi kami dalam persijilan ini yang perlu mengikuti beberapa modul namun, apabila dapat lulus dengan baik, ia satu benda yang baik dan pengalaman baru buat kami,โ katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.
Turut berkongsi rasa teruja, Pegawai Antidadah Pusat Latihan AADK, Wan Mohamed Ridzwan Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada AADK atas peluang yang diberikan kepada pegawai untuk mempunyai sijil profesional dalam bidang antidadah.
โUsaha ini perlu diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan semua pegawai AADK mempunyai kepakaran tersendiri dalam menguruskan kes-kes melibatkan penagihan dadah sekali gus berupaya menjadi rujukan negara-negara luar,โ katanya.
Sementara itu, bagi Muhamad Amirul Aiman Mohd Rosdan pula menyifatkan persijilan itu adalah satu amanah yang perlu diterjemahkan dalam kualiti perkhidmatan AADK.
โKita menganggap anugerah ini sebagai amanah yang kita perlu dokong dan kita perlu laksanakan lagi dengan penuh keyakinan terutamanya dalam menyampaikan pendedahan kepada masyarakat di luar sana berkaitan rawatan penagihan dadah,โ ujarnya.