Perluas Peranan Pusat Khidmat AADK

Oleh: Nabil Aziz

KUALA LUMPUR, 21 September 2022 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) proaktif untuk memperluas peranan Pusat Khidmat AADK dalam usaha memperkasa peranan agensi kerajaan dan komuniti dalam usaha membanteras gejala penagihan dadah di seluruh negara.

Perkara itu dibuat mengambil kira perubahan trend penagihan dadah dalam negara daripada menggunakan dadah tradisional kepada dadah sintetik.

Jika sebelum ini peranan Pusat Khidmat AADK hanya tertumpu untuk menyediakan program rawatan terapi gantian (RTG) Methadone, namun usaha mentransformasi pusat itu perlu dibuat dengan mempelbagaikan fungsi termasuk merawat pulih klien melalui program rawatan dan pemulihan dalam komuniti (RPDK). Perkara itu disuarakan dalam sesi tinjauan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin di Pusat Khidmat AADK di Chow Kit dan San Peng di Kuala Lumpur pada Selasa.

Terdahulu, Dato’ Dr. Muhamad Sade diberi taklimat berkenaan gerak kerja dan pengoperasi kedua-dua Pusat Khidmat AADK tersebut oleh Ketua AADK Daerah Dang Wangi, Nik Muhammad Kasyful Azzim Abdullah. Dalam lawatan tersebut, Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade juga turut meluangkan masa bertemu Persatuan Penduduk Seri Selangor (PERSIS) yang diketuai oleh Mohd Noorzaimi Shamsuri selaku Pengerusi PERSIS.

Hadir sama pada tinjauan tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah (Pemulihan Dalam Komuniti) AADK, Dr. Nazira Sadiron dan Pengarah AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Md. Razif Wan.

Dato’ Dr Muhamad Sade mengambil kesempatan menyantuni klien yang hadir ke Pusat Khidmat AADK. Gambar AADK / Nabil Aziz

Accessibility Toolbar