Perlantikan Ikon AADK 2019/2020

BANGI, 21 Jun – Agensi Antidadah Kebangsaan telah melantik 8 orang penyanyi dan pelawak terkenal antaranya Ismail Izzani, Aiman Tino, Floor 88, Black Hanifah Tomok, Achey, Keena Mentor serta Izmad Harun sebagai ikon aadk bagi tahun 2019/2020. Perlantikan ikon ini dibuat bagi membantu AADK dalam menyebarluaskan mesej mengenai impak penyalahgunaan bahan terlarang kepada golongan sasaran.

Pemilihan mereka dibuat bersandarkan keupayaan masing-masing dalam meraih perhatian rakan sebaya, yang secara tidak langsung mampu menyampaikan segala maklumat berkaitan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Artis yang telah dilantik juga boleh menggunakan medium sosial mereka untuk menyebarkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah.

Dalam majlis tersebut turut diadakan MOU antara pihak Agensi Antidadah Kebangsaan  dan Persatuan Seniman Malaysia. MOU ini diadakan bagi mengukuhkan lagi kerjasama diantara kedua-dua pihak dalam membantu masyarakat serta anak bangsa supaya tidak terjerumus ke dalam kancah penagihan dadah.

Accessibility Toolbar