Perkasa peranan, tanggungjawab wanita

Oleh: Fauzi Suhaimi

SEREMBAN, 17 Mei 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sentiasa komited dalam memperkasa peranan dan tanggungjawab wanita dengan menjadikan tonggak utama bagi memerangi gejala penagihan dadah.

Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof berkata, ini kerana, peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan Negara, khususnya pembangunan modal insan begitu besar dan tidak ternilai.

Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof dua dari kiri menyampaikan anugerah sempena hari wanita – Gambar AADK/Rashdan Zakaria

โ€œDalam menempuh arus globalisasi masa kini, golongan wanita tidak terkecuali daripada menghadapi pelbagai cabaran khususnya dalam masalah sosial yang melibatkan isu-isu diskriminasi, perdagangan manusia, penderaan, keganasan terhadap wanita dan penyalahgunaan dadah dan bahan.

โ€œMeskipun statistik penyalahgunaan dadah menunjukkan penurunan dalam tempoh empat tahun, dari tahun 2019 hingga tahun 2022, namun kita tidak boleh berasa selesa dan leka,โ€ katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Wanita anjuran AADK di Galeri Diraja Tuanku Jaafar, di sini.

Dalam pada itu, Wan Hasni berkata, semua pihak perlu bersama-sama berganding bahu membantu dalam usaha memerangi gejala penagihan dadah dan merawat pulih mereka yang terjebak dengan penagihan dadah.

Tegas beliau, kita tidak hanya meletakkan tugas dan tanggungjawab semata-mata kepada pihak berkuasa khususnya AADK.

โ€œBantuan yang boleh kita berikan tidak hanya berbentuk kewangan, namun, bantuan yang lebih utama adalah sokongan, dorongan dan sebagai pemudahcara dalam semua segi.

โ€œOleh itu, saya menyeru kepada semua ketua jabatan, pemimpin, NGO dan komuniti untuk merealisasikan aspirasi ini.

โ€œSaya amat yakin dan percaya masalah penagihan ini boleh dicegah bermula dari peringkat institusi keluarga. Kasih sayang, rasa hormat dan disiplin anak-anak perlu ditekankan oleh setiap ibu bapa,โ€ ujarnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin.

Accessibility Toolbar