
12 Julai 2018- Penganjuran Perhimpunan Bulan Julai 2018 AADK diadakan bersekali dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat AADK. Dalam majlis ini juga turut diperkenalkan kehadiran Dr. Susan M. Esp “Fulbright Specialist on Psicological Intervention for Addiction Treatment” kepada seluruh warga.
Bagi sambutan hari raya majlis ditemakan berdasarkan penyertaan setiap Negara yang menyertai Piala Dunia 2018 seperti Jerman, Jepun dan Brazil.
Majlis turut meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada pelajar pelajar anak yatim Darul Fukaha.