PERANAN SKUAD ANTIDADAH I Edisi 18 Mac 2022

Selain melaksanakan program Tempat Kerja Bebas Dadah, Institusi Pendidikan dan Institusi Keluarga, Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi turut aktif menjalankan program kesedaran pencegahan dadah kepada komuniti dengan kerjasama Sukarelawan Antidadah (SKUAD Antidadah).

Aktiviti seumpama itu antaranya bertujuan memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, sekali gus membantu mereka yang menghadapi masalah bahan terlarang tersebut.

Tugas digalas SKUAD Antidadah disifatkan tanggungjawab besar kerana mereka sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan masyarakat.

Ikuti perkongsian lanjut Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah Kota Tinggi, Nurhartini Suhana menerusi segmen Hi AADK pada minggu ini.

#DadahTerkawal2025
#LebihBaikCegah
#TakPerluStimGuys
#KeluargaMalaysia
#KDN_TogetherWeAreOne
#KitaDemiNegara
#HiAADK

Accessibility Toolbar