Ibu memiliki banyak peranan dan mampu melakukan banyak hal untuk memenuhi keperluan semua ahli keluarga. Sosok seorang super woman yang mampu melakukan pelbagai perkara termasuk memasak, mengasuh anak, mendidik, menghias rumah, dan pelbagai lagi tugasan lain. Begitu banyaknya peranan ibu tidak dapat digambarkan seberapa hebat sosok seorang ibu tersebut. Seorang ibu juga memberikan keseimbangan dan kesejahteraan dalam sebuah keluarga.
Jom bersama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Ummah Educator dalam Segmen Lebih Baik Cegah yang kerkongsi tips tentang peranan ibu dalam membina dan membangunkan keluarga sejahtera. Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.
Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia