Disediakan Oleh: UMKK AADK SEPANG,
SELANGOR: Cure & Care Vocational Centre (CCVC) Sepang merupakan satusatunya institusi latihan yang menyediakan latihan kemahiran kepada pelatih-pelatih yang berada pada fasa akhir rawatan dan pemulihan penagihan dadah dari seluruh negara. Para pelatih diberi pengetahuan dan latihan kemahiran vokasional yang bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Di dalam program Jom Cari Kerja yang diadakan baru-baru ini, seramai 90 pelatih yang telah mengikuti latihan selama enam bulan dalam bidang automotif, elektrik, landskap, senibina, pastri, jahitan, kimpalan dan penyelenggaraan ditemu duga oleh tujuh syarikat tempatan yang menyertai program berkenaan. Dalam program tersebut, para pelatih didedahkan kepada peluang kerjaya oleh syarikat-syarikat terbabit dan mereka terus diberi peluang menjalani proses temuduga serta ditawarkan tempat bagi yang memenuhi keperluan majikan. Pelatihpelatih tersebut bakal menamatkan latihan pada 23 September ini.