“PEMILIHAN BAKAL IMAM” | Lebih Baik Cegah Edisi 3 Mac 2022

Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Mencari pasangan hidup untuk membina rumah tangga bersama tidak boleh dilakukan sambil lewa.

Jika tersalah pilih pasangan rumahtangga yang dibina mungkin akan karam dipertengahan jalan. Ini kerana pasangan yang kita pilih nanti adalah orang yang akan menemani kita dalam suka dan duka sepanjang hidup bersama.

Jadi pilihlah pasangan yang boleh menjadi imam yang baik dan mampu membimbing ke arah yang baik. Jika kita lelaki, maka pilihlah wanita yang baik hati dan taat.

Sekali lagi Segmen Lebih Baik Cegah bersama Pn. Kamalia Kamal @ Kak Kay, seorang influencer yang berkongsi tentang bagaimana untuk pastikan bakal imam kita adalah seorang yang tidak berisiko terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

#DadahTerkawal2025
#TakPerluStimGuys
#LebihBaikCegah
#KeluargaMalaysia
#KDN_TogetherWeAreOne
#AADKTV

Accessibility Toolbar