Pelancaran Mushaf al-Quran al- Karim KDN

Oleh: Izyan Liyana Mohd Darif

SEPANG, 21 April 2022 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan Mushaf al-Quran KDN Penandaan Waqaf Ibtida dan Tajwid Berwarna di sini pada Khamis.

Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, Mushaf al-Quran tersebut diterbitkan mengikut perkembangan semasa yang mengandungi enam hukum tajwid berwarna seperti mana ditetapkan dalam garis panduan bagi pewarnaan tajwid dan penambahbaikan dari segi warna untuk waqaf (berhenti dan teruskan bacaan) dan ibtida’ (berhenti dan ulang bacaan).

“Diharapkan, Mushaf al-Quran KDN dapat membantu memudahkan orang ramai membaca al-Quran dengan panduan tajwid yang betul.

“Selain itu, Mushaf al-Quran ini juga telah melalui proses dari semakan hingga mendapat perakuan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran sebagaimana termaktub dalam Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni anjuran KDN dan Kelab KDN.

Hadir menjayakan majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa.

Sementara itu, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pula disertai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin dan Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah.

Accessibility Toolbar