Pelan Antirasuah Organisasi

Pelan Antirasuah Organisasi / Organisational Anti Corruption Plan (OACP) AADK 2020-2024 ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 9 Julai 2020 bersempena Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke PUSPEN Dengkil, Agensi Antidadah Kebangsaan.

Pelan Antirasuah ini merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam kalangan warga AADK.

OACP AADK 2020-2024 adalah komitmen dan iltizam Agensi Antidadah Kebangsaan dalam memerangi rasuah dan salah laku integriti demi kesejahteraan organisasi selaras dengan kehendak kerajaan seperti yang telah dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

Berpaksikan kepada kecemerlangan perkhidmatan, OACP AADK 2020-2024 ini telah dibangunkan secara holistik dan mengandungi 4 bidang keutamaan yang menggariskan 4 strategi iaitu :

Strategi 1  : Meningkatkan Kecekapan Khidmat Pengurusan Secara Keseluruhannya

Strategi 2  : Memantapkan Pelaksanaan Penguatkuasaan dan Keselamatan

Strategi 3  : Menambah baik pelaksanaan Program Pencegahan dan Penyampaian Maklumat

Strategi 4  : Perkhidmatan yang telus dan Profesional Kepada Klien dan Orang-Orang Terkesan (Significant Others)

Sebanyak 40 inisiatif / pelan tindakan yang telah dirangka dalam usaha mencapai 8 objektif strategik berikut :

  • Menambah baik Pengurusan Sumber Manusia
  • Mengukuhkan Sistem Pengurusan Kewangan dan Perolehan
  • Meningkatkan keberkesanan Pengurusan Aset dan Stor
  • Menyelaras Pengurusan Kelab
  • Meningkatkan Kecekapan Pelaksanaan Proses Kerja Melalui peningkatan Profesionalisme dan Penggunaan Teknologi
  • Pemantapan Pelaksanaan Pengurusan Khidmat Pelanggan
  • Menambah Baik Proses Penyampaian Perkhidmatan dan Ketelusan Dalam Pelaksanaan Program

Mekanisme Penyelarasan dan Pemantauan

Laporan Pencapaian Pelaksanaan OACP AADK kepada Pengurusan Tertinggi adalah 3 kali setahun melalui Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) AADK.

Penilaian Semula

Inisiatif OACP AADK dinilai sekali pada hujung tahun. Pelaksana boleh mengemukakan masalah dan halangan yang perlu diatasi untuk tujuan penilaian semula dan dipersetujui peringkat Jawatankuasa OACP.

ATAS