PCDM tingkat kepercayaan, kurang stigma negatif klien AADK

Oleh: Mohamad Rashdan Zakaria dan Mohd Hairul Anuar Mat Sabli

PEKAN, 10 Mac 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang menganjurkan Program Sentuhan Nurani Punch Card di Masjid (PCDM) bagi klien dalam komuniti (RPDK) di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan, Pahang.

Program dengan kerjasama Pejabat Mufti Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dilaksanakan selama lima hari bermula Isnin lalu bertujuan mengimarahkan masjid melalui amalanย  keagamaan seperti solat berjemaah, kuliah Maghrib, kelas al-Quran, qiamullail, sukan dan riadah.

Program yang disertai seramai 30 klien dalam komuniti itu juga dilihat berupaya meningkatkan kepercayaan komuniti sekali gus mengurangkan stigma negative terhadap klien khususnya mereka yang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) AADK.

Selain itu, usaha ini juga diadakan untuk membangunkan sahsiah dan peribadi muslim yang mulia, berbudi pekerti dan cintakan ajaran agama Islam khususnya cintakan masjid bagi mengekalkan kepulihan.

Terdahulu Ketua Penolong Mufti Bahagian Rujukan Fatwa Negeri Pahang, Ustaz Shaharuddin Muhammad Nor hadir merasmikan program berkenaan.

Ustaz Shaharuddin berkata, program seumpama itu perlu diperluas dan diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberi impak yang positif kepada semua pihak khususnya klien AADK.

โ€œTahniah kepada AADK Negeri Pahang dan ibu pejabat kerana melaksanakan program ilmu ini kepada mereka yang memerlukan bimbingan untuk menjadi muslim yang sejati dan bermanfaat kepada komuniti,โ€ katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin; Ketua Penolong Pengarah (Agama), Nor Aimi Mohd Tahir dan Pengarah AADK Negeri Pahang, Zirwatul Ahlam Zamzam.

Accessibility Toolbar