Panduan Remaja : Langkah Seterusnya Selepas Mengikuti Program Rawatan & Pemulihan

Penagihan dadah adalah penyakit yang kompleks, berulang dan kronik serta memerlukan penjagaan sepanjang hayat. Sistem jagaan lanjutan yang pelbagai, mudah diakses dan luas liputan akan meningkatkan tahap kepulihan.

Pengekalan kepulihan adalah perkara yang perlu diutamakan dalam memastikan masalah penagihan dapat diurus denga baik dan berstruktur dengan sokongan berterusan, kolaborasi kepakaran, Rawatan Penyakit dan Community Empowerment.

Sokongan berterusan melalui penyertaan yang aktif melalui program Kelompok Sokong Bantu seperti 12 Lagkah, 7 Langkah dan alumni bersama  rakan-rakan kepulihan ,adalah proses sokongan yang dapat membantu mereka membina matlamat untuk terus kekal dalam kepulihan.

Rujukan dan Advokasi  yang merangkumi elemen pengurusan kes, penyediaan peluang pekerjaan, kebajikan, pengurusan kewangan, sokongan keluarga dan mempunyai tempat tinggal merupakan antara elemen sokongan yang turut menjadi teras penting terhadap komitmen kepulihan seseorang.

Kesihatan Dan Sokongan Sosial  yang berterusan juga dapat membantu  dari sudut emosi dan psikologi dan secara tidak langsung memberi kesan positif terhadap kesihatan mental.

Proses untuk kembali kepada komuniti memerlukan komitmen dan kesungguhan dari setiap dari mereka yang pernah terlibat dengan penagihan dadah agar mereka dapat mengurus stigma yang akhinya dapat memberi mereka peluang memulakan kehidupan baharu , dapat membantu mereka kembali memperbaiki perhubungan dengan keluarga ,rakan-rakan , komuniti dan secara langsung dapat kembali bersosialisasi.

Muat turun: Toolkit untuk Remaja

Accessibility Toolbar