Panduan Pengguna Dadah : Memahami Penyalahgunaan Dadah & Kesannya

Saya seorang Pengguna Dadah dan kini masih lagi menggunakannya.

Ada kala saya menghisap ganja, pada masa lain saya cuba pil-pil khayal seperti pil kuda dan ada ketika saya menghidu gam. Saya sedar bahawa semuanya ini tidak baik untuk diri dan kesihatan tapi saya terus menggunakannya. Susah nak lepaskan. Selepas membaca beberapa maklumat mengenai dadah, saya telah mula sedar dan ingin melakukan sesuatu.

Siapakah yang mempunyai pengaruh yang paling kuat dalam kehidupan anda?

Sudah tentunya diri kita sendiri!

Saya tahu bahawa saya sendiri yang boleh menentukan masa depan saya. Ibu bapa, sanak saudara, guru dan rakan boleh memberi kita pelbagai bimbingan, cadangan dan tunjuk ajar. Namun, kita sendiri yang akan membuat pilihan yang muktamad. Saya memilih untuk menyalahgunakan dadah, tetapi kini saya sedar itu adalah pilihan yang boleh saya ubah.

Sekarang ini saya perlu tahu sama ada saya mempunyai masalah ketagihan dadah atau tidak, dan jika benar, apa yang boleh saya lakukan??

Muat turun: Toolkit untuk Pengguna Dadah

Accessibility Toolbar